Pada 14 Julai 2017, pakatan pembangkang telah menawarkan 7 janji baru kepada rakyat untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari jika mereka berjaya menakluk Putrajaya. Janji yang ditawarkan ini tidak sama langsung dengan janji yang pernah ada Buku Jingga yang pembangkang pernah janji pada PRU13 yang lepas.
Buku Jingga diilancarkan pada 19 Disember 2010 dalam Konvensyen Ke 2, Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Matlamat Buku Jingga adalah untuk melawan dasar Barisan Nasional dan Program Transformasi Ekonomi.
Hari ini Buku Jingga itu tidak dijadikan pun panduan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kerajaan PKR-DAP di Selangor. Buku Jingga dibuang dan dicampak entah ke mana. Semalam datang pula 45 insentif baru dari Pakatan Harapan untuk rakyat. Buat janji baru pula menjelang PRU14 ini, janji lama entah ke mana datang pula janji janji manis baru.
Pakatan Harapan menyenaraikan 45 jenis insentif untuk rakyat jika mereka berjaya menang dalam PRU14 akan datang. Disebar sungguh sungguh oleh “macai macai” pembangkang dalam Whatsapp dan Facebook semalam.
Semua 45 insentif ini hanyalah sekadar janji bohong dan retorik sahaja. Dalam insentif pertama Pakatan Harapan, mereka janji hendak tingkatkan gaji penjawat awam /pesara dan bonus. Dulu masa PRU13 pembangkang janji hendak naik gaji guru, kali ini tidak ada pula janji tersebut.
Janji yang cukup kontradiks dengan apa yang Tony Pua dan Penang Institue pernah janji jika pembangkang masuk ke Putrajaya. Beruang Biru pernah ulas sebelum ini bagaimana rancangan besar DAP untuk buang penjawat awam di Putrajaya. Baca artikel ini ;https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/10/pembangkang-mahu-buang-700000-penjawat.html#.WnPYQ3yYPIU.
Dalam insentif yang kedua, pembangkang berjanji hendak tingkatkan elaun kebajikan untuk OKU dan ibu tunggal. Dengan janji permulaan minimum sebanyak RM800 - RM1000. Ini janji yang jelas sama sekali hanya mahu mengumpan undi sahaja. Selama ini kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meminggir langsung nasib OKU dan Ibu Tunggal.
Dalam Bajet 2018, kerajaan Barisan Nasional telah luluskan RM1.7 billion untuk OKU dan warga emas. Elaun OKU yang bekerja, tidak bekerja dan dan penjaga dinaikkan pada jumlah sama iaitu kepada kepada RM100, sebulan. Beza jauh dengan kerajaan DAP Pulau Pinang, bagi elaun RM100 sahaja kepada OKU untuk setahun.
Manakala untuk ibu tunggal pula, dana disalurkan menerusi Amanah Ikthiar Malaysia sejumlah RM2.7 billion untuk membantu ibu tunggal dalam bidang usahawan. Dalam Bajet Alternatif pembangkang yang lepas tidak pula disebut hendak bantu OKU dan Ibu Tunggal ini, ini bukti mereka ini main buat sahaja janji ini.
Janji yang tidak betul dan akan dimungkiri. Insentif ketiga, Pakatan Harapan berjanji hendak mengurangkan belanja mengurus dan tambah bajet pembangunan. Ini pun satu lagi cerita kartun pembangkang.
Lihat balik apa yang mereka tulis dalam Bajet Alternatif pada Oktober lepas, mereka hendak tutup beberapa kementerian dan buang penjawat awam. Hendak kurang belanja mengurus apanya, di Pulau Pinang setiap tahun bajet untuk pejabat Ketua Menteri DAP ditambah setiap tahun.
Dalam Bajet 2016, sejumlah RM161.59 juta diperuntuk untuk pejabat Lim Guan Eng, dalam Bajet 2017 dinaikkan menjadi RM707.61 juta. Tanah kena gadai, duit terowong lesap. Jimat apanya. Insentif keempat, Pakatan Harapan berjanji hendak beri “lesen motosikal percuma”. Mana ada dalam dunia ini, negara yang beri lesen percuma sebegitu?
Lesen diberi supaya rakyat Malaysia faham undang undang dan peraturan lalulintas. Zaman Mahathir mana ada ‘road tax semurah zaman sekarang. Syed Saddiq tidak lahir lagi zaman itu, dia tidak rasa bagaimana mahalnya hendak ambil lesen motor dan kereta di zaman Mahathir. Insentif kelima pembangkang buat janji hendak mansuhkan GST.
Percayalah, kalau pembangkang menang mereka tidak akan mansuhkan GST. Pembangkang telah terkantoi mahu laksanakan GST pada kadar kosong peratus dalam dua kali bajet alternatif mereka yang lepas. Malah pemimpin pemimpin pembangkang pun pernah memuji GST sebagai sistem percukaian yang efektif.
Baca tulisan ini : https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/10/mansuh-gst-hanyalah-laungan-retorik.html#.WnPhKHyYPIU
Insentif keenam, pembangkang janji hendak stabilkan harga minyak. Harga minyak sudah lama distabilkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Baca tulisan di pautan ini ; https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/11/kerajaan-bn-berjaya-stabilkan-harga.html#.WnPiQ3yYPIU
Apa yang pembangkang janji secara keseluruhannya adalah janji janji untuk menagih undi sahaja.
Lihatlah di negeri Selangor dan Pulau Pinang, apakah mereka tunaikan janji mereka dalam PRU yang lepas? Tidak ada. Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang sudah menunaikan 97% akujanji mereka dalam PRU13 yang lepas.
Sejumlah 5,678 projek dan janji kerajaan Barisan Nasional semasa PRU13 sudah ditunaikan kepada rakyat, melibatkan perbelanjaan RM328 billion. Percayalah janji Barisan Nasional berbanding janji palsu pembangkang.
Beruang Biru
Jumaat
2 Februari 2018
0 comments:
Post a Comment