Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM) menjangkakan prestasi pasaran saham tahun ini adalah lebih baik dan menguntungkan serta melepasi 2,000 mata kali pertama untuk tahun ini.
Presidennya Norizam Tukiman berkata, sepanjang tahun lalu, pasaran saham Bursa Malaysia berada dalam trend yang tidak menentu terutama saham berkaitan minyak dan gas (O&G). Katanya, Saham Sapura Energy Berhad,TH Heavy Berhad dan Sumatec Berhad yang terkesan ekoran harga minyak mentah dunia yang masih rendah di bawah kadar patut operasi iaitu AS$80.
“Saham berkaitan barangan penguna seperti CAB Cakaran yang terbabit dalam industri makanan sejuk beku mencatatkan lebih 100 peratus kenaikan dan harga saham Nestle yang kali pertama mencatatkan sejarah naik lebih RM100 bagi seunit sahamnya.
“FBMKLCI awal tahun adalah 1635 dan berjaya tutup pada 1796.81 dan kebanyakan harga saham juga terlebih jualan pada yang trend turun dan sebahagian yang lain berada lebih baik untuk meneruskan momentum kenaikan pada 2018,” katanya.
Menurutnya, tahun ini adalah lebih baik biarpun pada awal tahun terutama menjelang enam bulan pertama 2018. Katanya, ini kerana pasaran masih mendatar dan diniagakan lebih berhati-hati dengan persekitaran pilihan raya umum 14.
Beliau berkata, pasaran lebih didominasi terhadap kemampuan syarikat untuk menjana keuntungan berbanding kesan sentimen. “Jika syarikat KLCI mengumumkan peningkatan keuntungan yang lebih baik, Indeks Bursa Malaysia dijangka melepasi 2,000 mata kali pertama tahun ini,” katanya.
0 comments:
Post a Comment