My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 15 January 2018

    Apa Lagi Yang Mahathir Mahu Belit?



    Kira-kira 3 tahun yang lalu, sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad sedang giat melancarkan serangan terhadap kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dia mendakwa, apa yang dilakukannya ini hanyalah untuk menyelamatkan Malaysia dari salah guna kuasa. Dia menegaskan, dia langsung tidak berhajat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia semula.

    Malah, sewaktu penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dia mengulangi pendiriannya yang dia tidak mengejar jawatan dalam kerajaan. APa yang dia lakukan hanyalah untuk menyelamatkan Malaysia sehinggalah isitilah Selamatkan Malaysia dijadikan modal untuknya menyerang kerajaan.

    Namun, nadanya mula berubah sebaik sahaja PPPBM menyertai Pakatan Harapan dan dia kembali menjalinkan hubungan baik dengan Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang. Pada ketika itu, sudah ada riak-riak tingkah laku dan gerakannya untuk melobi dirinya sebagai calon Perdana Menteri dari blok Pakatan Harapan.

    Nampaknya, usahanya tidak sia-sia apabila dia secara sah dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan pada Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC, Shah Alam. Ketika pengumuman itu di buat, riak wajahnya nampak begitu gembira walaupun pada masa yang sama, pengumuman itu telah membangkitkan kemarahan para penyokong tegar Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Menariknya, beberapa hari selepas pengumuman itu di lakukan, terdapat beberapa usaha untuk menggagalkan pencalonan ini terutamanya dari PKR itu sendiri. Mereka berusaha melobi nama Datuk Seri Azmin Ali sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan dan seperti dijangka, Pengerusi PAN, DAP dan PPBM negeri Selangor, menolak mentah-mentah pencalonan Azmin.

    Melihat kepada keadaan yang semakin tegang di dalam Pakatan Harapan, Mahathir bertindak membuat pusingan U apabila berkata, dia langsung tidak pernah meminta mana-mana pihak mencalonkannya sebagai Perdana Menteri.

    Dalam laporan berkenaan menyebut, Mahathir sebenarnya mahu berehat dari arena politik, sama seperti Pak Lah. Namun, keadaan politik dan ekonomi telah memaksanya sehinggakan dia merasakan perlu untuk dirinya menjadi Perdana Menteri semula bagi menstabilkan keadaan yang dianggapnya sebagai bercelaru dan bakal merosakkan masa hadapan Malaysia.

    Persoalannya, apa yang bakal rosak sedangkan semua petunjuk indeks melibatkan ekonomi, keadaan semasa Malaysia dan banyak lagi berada pada tahap yang baik dan positif? Bukankah ianya menggambarkan bahawa sememangnya Mahathir sendiri yang mahu menjadi Perdana Menteri semula demi kemahuan peribadinya semata-mata?

    Apa lagi yang mahu diputar belitkan oleh Mahathir selepas ini. Dia berusaha untuk menafikan apa jua laporan awal terhadap dirinya dan cuba memutar belitkan kesemua berita mengenainya. Hari ini, Malaysia bukan lagi seperti sewaktu dia masih berkuasa. Segala maklumat berada di hujung jari dan Mahathir tidak mampu untuk menafikan kebenaran sesuatu berita.

    * Artikel ini diterbitkan pada 15 Januari 2018
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Lagi Yang Mahathir Mahu Belit? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top