My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 January 2018

    Pocong Pun Kena tangkap Dengan polis



    Tindakan seorang remaja bersama tiga rakannya cuba mengusik kanak-kanak yang pulang daripada mengaji al-Quran dengan berpakaian menyerupai pocong membawa padah apabila mereka ditahan polis di Pekan Bukit Pinang di sini pada Jumaat lalu. 

    Remaja terbabit, Mohd. Imran Mohammad, 16, dan tiga rakannya iaitu Muhammad Syazani Johari, 18; Muhammad Ramadhan Fitri Shuib, 15, dan Nabil Asyraff Hussain, 14, ditahan kira-kira pukul 10 malam Jumaat lalu.

    Video penahanan empat remaja terbabit dengan salah seorang daripada mereka yang menyerupai pocong tular di laman sosial Facebook sejak Sabtu lalu.

    Video berdurasi 30 saat yang tersebar itu turut mencuit hati apabila Mohd. Imran yang membalut tubuhnya dengan kain selimut berwarna kelabu diminta oleh orang ramai agar melompat seperti pocong.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pocong Pun Kena tangkap Dengan polis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top