Perkembangan selanjutnya mengenai kes pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil bakal diketahui pagi ini.
Pelakon berusia 37 tahun itu ditahan reman empat hari sejak Jumaat lalu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap dirinya berhubung empat kes jenayah iaitu mendatangkan kecederaan, menampar anggota polis, mengambil dadah dan mengganggu tugas penjawat awam.
Farid yang juga suami kepada Datin Diana Danielle itu disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga dua tahun.
Sementara itu, media turut bersiaran secara langsung dari Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor melalui laman Facebook pada pukul 9 pagi ini bagi memberikan perkembangan terkini.
0 comments:
Post a Comment