My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 14 January 2018

    Suami Kejam Pukul Kepala Isteri Hingga Maut



    Seorang suami tergamak memukul isterinya sehingga maut hanya kerana mengesyaki wanita tersebut mempunyai hubungan rapat dengan lelaki lain semasa mereka bertengkar di rumah mereka di Matang dekat sini malam Selasa lalu. 

    Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan seorang suri rumah berusia 38 tahun dan ibu kepada empat orang disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala.

    Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, selepas kejadian, suami mangsa yang merupakan seorang buruh datang membuat laporan mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Kuala Sepetang dekat sini pada pukul 9.15 pagi kelmarin.

    Jelasnya, dalam laporan tersebut, suspek yang berusia 40 tahun memaklumkan bahawa dia telah memukul isterinya sehingga cedera dan tidak sedarkan diri. “Isteri suspek telah dihantar ke Hospital Taiping dengan menggunakan ambulans untuk menerima rawatan sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas dipercayai mengalami pendarahan di dalam otak.

    “Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di HRPB kira-kira pukul 9.30 malam tadi,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Menurut Mohamad, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada kepala selepas dipercayai dipukul dengan objek tumpul. Ujarnya, berdasarkan siasatan awal, suspek memukul isterinya selepas mengesyaki wanita tersebut mempunyai hubungan rapat dengan lelaki lain.

    “Suami mangsa mangsa telah diberkas sewaktu membuat laporan di Balai Polis Kuala Sepetang dan direman selama tiga hari sehingga esok,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suami Kejam Pukul Kepala Isteri Hingga Maut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top