My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 17 January 2018

    BMMB Ahli Pertama GABV Di Asia Tenggara



    Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) sudah menjadi ahli Perikatan Global Untuk Perbankan Nilai (GABV), sebuah rangkaian bank berasaskan nilai terkemuka di dunia. Presidennya Datuk Mohd Reza Shah Abdul Wahid berkata, bank itu secara rasmi diterima sebagai ahli pada 15 November 2017 dan menjadi bank Islam pertama dan bank komersial pertama di Asia Tenggara untuk menjadi ahli.

    “Kami selalu menganggap perbankan Islam adalah berasaskan nilai, tetapi tidak pernah diuji di peringkat antarabangsa.

    “Ia mengambil masa satu tahun (proses) untuk menjadi ahli GABV, tetapi perjalanan itu bermula dengan Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan GABV kira-kira dua tahun lalu di Forum Kewangan Islam Global yang memberi cabaran untuk bank Islam menjadi ahli,” katanya kepada pemberita selepas pengiktirafan rasmi BMMB sebagai anggota GABV di sini.

    Untuk menjadi ahli GABV, sesebuah bank perlu melalui proses yang ketat dan akan dikaji semula setiap tahun untuk memastikan ia terus mematuhi pelbagai prinsip perikatan itu. Mohd Reza berkata, sebagai ahli GABV, ia meletakkan BMMB di arena antarabangsa bank bertaraf dunia sambil menempatkan nilai yang dipercayai di pentas global walaupun ia sebuah bank kecil.

    Ia juga membantu bank itu dalam penjenamaan dan mengukur dirinya dari segi standard dan pembangunan sosial global yang perlu disesuaikan dalam masyarakat. “Melangkah ke hadapan, bank akan memulakan pembangunan mampan secara lebih agresif menggunakan standard antarabangsa dengan membawa amalan terbaik yang dipelajari daripada ahli lain ke dalam bank,” katanya. 

    Pengerusi BMMB Tan Sri Munir Abdul Majid dalam ucapannya berkata, sebagai bank Islam, BMMB bertanggungjawab untuk memangkinkan perubahan sosial dan mewujudkan nilai kepada orang ramai.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BMMB Ahli Pertama GABV Di Asia Tenggara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top