My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 12 January 2018

    Maut Tertimbus Tanah Runtuh


    PENUNGGANG dan pembonceng motosikal maut akibat tertimbus selepas terjatuh pada ketinggian kira-kira 10 meter dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 36 Jalan Marak Parak, Kota Marudu-Ranau, Kota Marudu pada 7 pagi hari ini. 

    Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan kejadian tanah runtuh pada 7.30 pagi.

    Katanya, sebuah motosikal Honda EX5 dilaporkan terjatuh ke dalam runtuhan jalan dan kedua-dua individu terbabit tertimbus sebelum ditemui meninggal dunia.

    “Penunggang motosikal dikenal pasti sebagai Jaimin Bien, 46, manakala pembonceng Edmon James, 22, dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Maut Tertimbus Tanah Runtuh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top