Hampir kesemua pemimpin DAP menaburkan fitnah ini walaupun segala indeks petunjuk ekonomi menunjukkan angka sebaliknya. Malah, Ringgit yang satu ketika mengalami kejatuhan yang agak teruk, hari ini sudah berlegar diantara RM 3.93 per USD 1 Dolar. tidak ketinggalan juga dakwaan pemimpin Pakatan Harapan dan DAP yang mendakwa rakyat begitu menderita di bawah pentadbiran BN kerana tertekan dengan kenaikan harga barang disebabkan GST.
Apa yang menariknya, disaat mereka begitu hebat menyebarkan dakyah kononnya Malaysia menghampiri negara muflis, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming masih mampu untuk membeli sebuah kereta mewah jenama BMW walaupun dia sering kali mendakwa negara bakal muflis dan sebagainya.
Secara logiknya, sekiranya Malaysia hampir muflis dan rakyatnya cukup tertekan dengan kenaikan harga barang, mana mungkin Nga Kor Ming mampu untuk memiliki deretan kereta termasuk pemilikan sebuah kereta BMW baru yang dianggarkan bernilai lebih RM 300 ribu ini?
Sebelum ini, dia pernah diselubungi dengan pelbagai skandal seperti pemilikan rumah ala-ala "White House" di Ipoh yang dkatakan bernilai lebih RM 10 juta. Tidak cukup dengan itu, banyak lagi persoalan yang langsung tidak pernah dijawabnya secara terbuka dan dia hanya tahu mencipta kesalahan kerajaan demi kelangsungan politik kotornya.
Memang hebat permainan dan kerja kotor politik para pemimpin Pakatan Harapan dan DAP ini. Mereka menuduh macam-macam kepada kerajaan namun apabila melihat kepada gaya hidup mereka, mereka seolah-olah berada di awang-awangan yang mana mereka begitu gah menayang aset mereka kepada khalayak ramai.
Di mana asasnya dakwaan mereka kononnya negara sedang berhadapan dengan muflis dan rakyat negara ini begitu terdesak untuk meneruskan hidup disaat kenaikan harga barangan? Semuanya jelas tidak logik dan tidak masuk akal. DAP hanya menggunakan isu ini hanya untuk merik sokongan terhadap mereka walaupun mereka menggunakan pendekatan yag salah dan tidak bertanggungjawab.
0 comments:
Post a Comment