Timbalan Pengerusi syarikat pembangunan hartanah, Ewein Zenith Sdn. Bhd., Datuk Ewe Swee Kheng, 50, direman enam hari mulai semalam sehingga 15 Januari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dan salah guna kuasa projek terowong dasar laut di negeri ini.
Perintah tahanan reman terhadapnya dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Muhammad Azam Md. Eusoff pada pukul 12 tengah hari semalam. Swee Kheng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada pukul 11.40 pagi ketika hadir memberi keterangan di pejabat agensi itu di negeri ini.
Sementara itu, di Putrajaya, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan SPRM menahan reman, Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli, 50-an. Zarul merupakan pengerusi syarikat pembangunan hartanah, Ewein Zenith yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment