Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam berhubung dakwaan kenyataan beliau menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam satu rakaman video ceramah yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.
Mahfuz bersama peguamnya, Mohd. Fikri Abd. Rahman dan beberapa penyokongnya tiba di IPK Kedah pada pukul 10.15 pagi. Beliau yang telah mengumumkan keluar daripada Pas pada awal tahun ini berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis untuk membantu siasatan ketika berada di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor kelmarin.
“Hari ini (semalam), saya memberikan kerjasama 100 peratus dalam kes ini,” katanya pada sidang akhbar di luar pagar IPK di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment