My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 22 January 2018

    Sedia 29,641 Kerja



    Institut Automotif Malaysia (MAI) menjangkakan 29,641 pekerjaan baru diwujudkan dalam industri automotif tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Madani Sahari berkata, daripada jumlah itu pihaknya turut menjangkakan 31 peratus terdiri daripada kelompok pekerja mahir dan sangat mahir

    “Sasaran jumlah pekerjaan baru tahun ini lebih tinggi berbanding 27,175 pekerjaan diwujudkan membabitkan 31 peratus pekerja mahir dan sangat mahir sepanjang tahun lalu. Ini kerana antara teras utama Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014) adalah peningkatan keupayaan sumber manusia bagi memenuhi keperluan industri.

    “Pada masa sama, dasar ini bertujuan menjana peluang menikmati pendapatan setara dengan taraf ekonomi negara maju,” katanya di sini, baru-baru ini.

    Tahun lalu, industri automotif tempatan mewujudkan 27,175 pekerjaan, lebih tinggi dari 25,850 yang dicatatkan tahun sebelumnya. Madani berkata, pekerja tempatan terus menjadi fokus utama kerajaan bagi memastikan kesinambungan industri ke arah keupayaan daya saing global.

    Beliau berkata, peningkatan kerjaya warga tempatan memastikan momentum industri dapat dilanjutkan, namun ia tidak dapat dijanjikan jika negara terus bergantung kepada tenaga kerja asing. “Sehubungan itu, MAI menyasarkan penggantian terhadap pekerja asing sebanyak 23,500 pada tahun 2018.

    “Memandangkan produk dan proses pembuatan kenderaan kini semakin kompleks, kerajaan mengambil langkah progresif dalam memastikan industri terus berkembang supaya keperluan industri dapat dipenuhi lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya.

    Mengenai program pembangunan vendor, Madani berkata, MAI menyasarkan 590 vendor dapat mencapai sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam indeks Tahap Kebolehan Vendor (SCL) tahun ini. “Tahun lalu, sebanyak 522 vendor tempatan mencapai Tahap 3 ke 5, bagi SCL, di mana 20 peratus daripadanya terdiri daripada vendor Bumiputera.

    “Sasaran tahun ini adalah selaras dengan program pembangunan vendor yang dianjurkan MAI sejak NAP2014 diumumkan seperti program Sistem Pengeluaran Lean (LPS) dan Program Kecemerlangan Pembekal Automotif (ASEP),” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sedia 29,641 Kerja Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top