Peminat siri televisyen popular Game Of Thrones (GOT) perlu menunggu sehingga tahun depan untuk mengetahui kesudahan kisah di antara Daenerys Targaryen dan Jon Snow. Musim kelapan adaptasi novel fantasi nukilan George R R Martin itu akan menjadi siri terakhir dengan hanya enam episod.
Dalam usaha HBO mengelak maklumat penting musim baru GOT dibocorkan kepada awam, Emilia Clarke secara tidak sengaja mendedahkan perkembangan hubungan Daenerys dan Jon kepada peminat.

“Saya tidak akan memberitahu apa-apa,” katanya sambil ketawa. Namun, Clarke berkata, penantian lama penonton untuk menyaksikan kesudahan GOT adalah berbaloi. Musim lalu GOT mendedahkan asal usul sebenar Jon, lakonan Kit Harington, sekali gus menandakan lelaki terbabit pewaris takhta Iron Throne.
Dalam temu bual berasingan, Clarke memberitahu mewarnakan rambutnya kepada perang dan tidak perlu memakai rambut palsu ketika berlakon sebagai Daenerys. Katanya, waktu tidurnya kini bertambah lebih sejam setengah setiap hari kerana sudah tidak perlu bangun awal untuk memakai rambut palsu.

“Pada waktu itu, ada terlalu ramai watak serta persaingan sengit dalam pemilihan plot cerita. Selain itu, timbul pula kemungkinan untuk meneruskan kisah GOT. “Namun, selepas perbincangan, saya menyedari Daenerys dan Jon watak sangat penting,” katanya.
Katanya, dalam musim pertama, anak sulung Raja Winterfell, Robb Stark masih hidup dan dijangka menjadi pewaris takhta negara itu. “Bagaimanapun, masih kurang jelas watak mana yang akan naik dan turun tetapi sebenarnya Daenerys dan Jon sentiasa dalam pemikiran George R R,” katanya.
Lapor akhbar itu, satu babak penting antara Jon dan Daenerys dalam musim ketujuh GOT didapati sudah diubah suai. Difahamkan, Daenerys yang juga dikenali sebagai Ibu Naga ternampak parut di badan Jon akibat dibunuh anggota Night’s Watch.

Musim kelapan GOT akan diarahkan oleh David Benioff, D.B Weiss, David Nutter dan Miguel Sapochnik. Benioff dan Weiss masih kekal sebagai penulis skrip bersama Bryan Cogman dan Dave Hill. Musim satu hingga tujuh GOT boleh ditonton di HBO on Demand menerusi aplikasi Astro GO.
0 comments:
Post a Comment