Menariknya, apabila MyBAS Terengganu ini beroperasi kelak, ianya akan merangkumi 3 laluan utama dan 1 laluan perantara. Laluan-laluan ini akan merentasi Kuala Terengganu, Jeti Marang, Marang, Bukit Payung dan Pasir Panjang yang akan memakan jarak keseluruhan sepanjang 261.2 kilometer.
Secara amnya, sebanyak 3 fasa akan di perkenalkan dalam program MyBAS Terengganu ini. Bagi fasa satu, laluan yang akan dilalui adalah, T102 perjalanan dari Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan seterusnya ke Jeti Marang.
Bagi T301 pula, perjalanan bermula dari Kuala Terengganu ke Chendering dan ke Marang. Bagi sektor perjalanan T202 pula, perjalanan bermula dari Kuala Terengganu ke Pasir Panjang, Kampung Laut dan Bukit Payung. Sektor perjalanan T100 pula, ianya lebih tertumpu kepada perjalanan di sekitar bandar Kuala Terengganu sahaja.
Bagi laluan fasa kedua, sebanyak 3 laluan akan di buka. laluan berkenaan adalah T201 yang akan bermula dari Kuala Terengganu ke Wakaf Tapai dan Kuala Berang. Bagi sektor perjalanan T203 pula, perjalanan bermula dari Kuala Terengganu ke Gong Tok Nasek, Kedai Buluh dan UCSI. Untuk T204 pula, laluan bermula dari Kuala Terengganu ke Taman Tamadun Islam, Sungai Rengas, Serada, Rawai dan Bukit Payung.
Untuk laluan fasa ketiga pula, satu laluan akan di buka. laluan berkenaan adalah T101 yang memulakan perjalanan dari Kuala Terengganu ke Manir, Gong Badak dan Batu Rakit.
Dijangkakan, kesemua laluan MyBAS Terengganu ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat seluruh warga Kuala Terengganu dan akan memangkinkan ekonomi warganya. Malah, ianya akan memudahkan para pelancong yang akan berkunjung di sekitar bandar Kuala Terengganu dan memudahkan mereka melawat tempat-tempat menarik dengan hanya menggunakan pengangkutan awam.
0 comments:
Post a Comment