My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 22 January 2018

    Demimu Abang....


    Seorang kanak-kanak perempuan mengendong abangnya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) ke sekolah setiap hari walaupun dalam keadaan cuaca buruk. 

    Zhou Dingshuang, 9, dan abangnya, Zhou Dingfu, 12, belajar dalam kelas sama di sebuah sekolah di wilayah Heizhiguo dekat sini. Dingfu berdepan masalah menggunakan anggota tangan dan kaki sejak dia dilahirkan di sini.

    “Saya tidak akan meninggalkan abang. Saya akan jadi tangan dan kaki untuk dia buat selama-lamanya,” kata Dingshuang kepada stesen televisyen tempatan Wenshan baru-baru ini.

    Dingshuang akan membasuh tangan dan muka abangnya pada setiap pagi, membantunya memakai pakaian sebelum mengendong Dingfu ke sekolah. Dia juga membantu Dingfu menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan guru mereka.

    Dingshuang turut membantu menguruskan kerja-kerja rumah termasuk menjaga haiwan ternakan memandangkan kedua-dua ibu bapa mereka juga berstatus OKU. Tiada maklumat lain diberikan mengenai ibu bapanya. Pihak pengurusan sekolah turut menawarkan asrama kepada kedua-dua pelajar itu selain mengurangkan yuran persekolahan. Adik kendong abang OKU ke sekolah
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Demimu Abang.... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top