Vietjet membuat permohonan maaf susulan kritikan hebat di media sosial yang menganggap tindakan tersebut sebagai ‘promosi murahan’.
Syarikat penerbangan itu dikecam kerana menghantar model berpakaian seksi menyertai pasukan bola sepak berkenaan menaiki penerbangan pulang dari China selepas tewas kepada Uzbekistan pada perlawanan akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia Bawah 23 tahun (AFC B-23), Sabtu lepas.
Media sosial di negara komunis itu ‘menggelegak’ berhubung gambar-gambar semasa penerbangan itu termasuk imej menunjukkan seorang pemuda dipeluk model wanita hanya memakai coli dan seluar pendek.
Skuad bola sepak tersebut dianggap sebagai wira negara oleh rakyat Vietnam. “Langkah Vietjet amat biadab, murahan dan menyakitkan hati pasukan tersebut, peminatnya dan penumpang penerbangan,” kata seorang pengguna Facebook, Nguyen My Linh dalam komennya yang menerima 1,700 like dan dikongsi lebih 100 kali menjelang tengah hari semalam.
“Tindakan ini amat menjijikkan. Saya akan memboikot Vietjet kerana bertindak demikian,” kata seorang pekerja pejabat, Le Nguyen kepada agensi berita AFP semalam.
Vietjet membuat permohonan maaf itu kelmarin dan mengakui bahawa langkah tersebut tu merupakan strategi pemasaran yang ‘setengah masak’.
0 comments:
Post a Comment