My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 18 January 2018

    Galaxy A8, A8+ Untuk Kaki Swafoto


    Tahan lasak dan sesuai untuk kaki swafoto. Ia gambaran kepada dua model baru Samsung Galaxy A8 dan A8+ yang mula ditawarkan semalam. Tiga warna menjadi pilihan iaitu kelabu, hitam dan emas. 

    Presiden Samsung Malaysia Electronics Yoonsoo Kim berkata, dua model telefon terbabit sesuai untuk golongan milenial. “Kami memahami keperluan golongan ini yang mahu berkongsi kehidupan mereka dalam laman sosial jadi pengenalan Samsung Galaxy A8 dan A8+ bertepatan dengan tujuan terbabit,” katanya pada pelancaran dua model telefon terbabit di Kuala Lumpur, semalam.

    Samsung Galaxy A8 dan A8+ mempunyai dwi kamera 16 megapiksel dan 8 megapiksel pada apertur f1.9 yang merakam swafoto lebih jelas dan terperinci. Kamera utama pula 16 megapiksel selain dilengkapi IP68 yang membolehkannya kalis air dan debu.

    Kedai-dua model ini dibezakan dengan saiz, storan, RAM dan kapasiti bateri. Samsung Galaxy A8 mempunyai skrin 5.6 inci FHD+ Super AMOLED, storan 32GB, RAM 4GB dan bateri berkapasiti 3000mAh.

    Manakala Samsung Galaxy A8+ pula memiliki skrin 6.0 inci FHD+ Super AMOLED, storan 64GB, RAM 6GB dan bateri berkapasiti 3500mAh. Samsung Galaxy A8 dan A8+ masing-masing dijual pada harga RM1,799 dan RM2,499.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Galaxy A8, A8+ Untuk Kaki Swafoto Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top