Tindakan nekad beberapa wanita warga asing yang berpakaian seksi dengan bersembunyi di bawah pentas bagi mengelak dikesan pihak berkuasa tidak menjadi apabila mereka ditahan dalam Ops Gegar di tiga pusat hiburan sekitar Kulim kelmarin.
Dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 9 malam itu, seramai 29 wanita dan seorang lelaki Thailand ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen. Ketika serbuan dibuat, rata-rata wanita warga asing bertempiaran lari menuju ke kawasan perumahan berhampiran selain menyembunyikan diri di bawah pentas di premis hiburan berkenaan.
Pengarah Jabatan Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, operasi membabitkan beberapa kafe dan pub di Taman Serai Wangi, Taman Kempas dan Taman Lagenda di Kulim itu menyaksikan seramai 75 individu pelbagai warganegara diperiksa. “29 wanita warga asing yang ditahan itu terdiri daripada 28 rakyat Thailand dan seorang dari Laos.
0 comments:
Post a Comment