My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 January 2018

    Empat Kereta Pegawai Kastam Hangus



    Empat kenderaan milik pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bahagian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan ahli keluarganya hangus apabila bahagian hadapan rumah kuarters di Presint 11 yang mereka diami sengaja dibakar dalam kejadian awal pagi semalam. 

    Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, bahagian depan kuarters dua tingkat yang didia­mi Penolong Pengarah Kanan Kastam Bahagian GST, Nor Azman Jini rosak. Turut musnah seratus peratus ialah dua buah kereta iaitu Mercedes-Benz C200K dan Perodua Myvi.

    Sebuah kende­raan utiliti sukan (SUV) Honda CRV dan Proton Saga masing-masing hangus di bahagian depan.

    Kereta Honda CRV milik Nor Azman; Mercedes-Benz milik isterinya, Norha­yati Khairuddin; Perodua Myvi milik anak perempuan pasangan itu manakala Proton Saga milik menantu mereka. Bagaimanapun, semasa kejadian Nor Azman, isteri, anak dan menantu serta dua cucunya selamat selepas dikejutkan oleh jiran-jirannya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Empat Kereta Pegawai Kastam Hangus Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top