My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 19 January 2018

    Kebetulan Yang Mengejutkan



    SEORANG wanita yang diserang lelaki dalam kelab malam di Neryungri, timur Russia, terkejut apabila ke hospital untuk merawat kecederaannya mendapati doktor yang merawatnya ialah penyerang terbabit. 

    Malah, rakaman video kejadian di hospital itu oleh seorang jururawat menunjukkan doktor berkenaan yang marah-marah, sekali lagi memukul wanita itu dalam bilik rawatan namun berjaya dileraikan jururawat.

    Menurut Daily Mail, dalam kejadian awal minggu ini, wanita berusia awal 20-an dikenali sebagai Dmitrieva itu diserang di sebuah kelab malam dan keesokannya dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Dalam rakaman itu, doktor terbabit kedengaran berkata: “Ramai saksi akan membuktikan kamu serang saya dulu.”

    Selain mendapatkan rawatan, wanita berkenaan ke hospital untuk mendaftarkan kecederaannya bagi membuat laporan polis. Doktor itu juga mengancam wanita boleh dipenjarakan jika membuat aduan terhadapnya.

    Berikutan kejadian itu, doktor berkenaan, Vladimir Naumov dipecat oleh kementerian kesihatan wilayah. Kementerian itu menolak alasan doktor berkenaan yang mendakwa kejadian di kelab malam berlaku kerana dia cuba mempertahankan seorang jururawat perbidanan yang diserang sekumpulan wanita.

    Vladimir yang mengaku gagal mengawal kemarahan ketika di hospital, berkata: “Sudah setahun setengah saya menjadi doktor di hospital ini. Sudah banyak orang saya selamatkan dan kini, semuanya musnah kerana video ini.” Ketua jabatannya juga disiasat kerana mengambil pekerja yang tidak sesuai menjadi doktor.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kebetulan Yang Mengejutkan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top