My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 17 January 2018

    Dua Lagi Sekolah Ditutup Akibat Banjir Di Sarawak



    Seramai 753 murid sekolah rendah di Sarawak tidak dapat bersekolah berikutan sekolah mereka terpaksa ditutup kerana jalan tidak dapat dilalui akibat banjir. 

    Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), jumlah sekolah ditutup meningkat kepada tujuh buah hari ini berbanding lima sekolah semalam. Dua sekolah yang ditutup hari ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Genaan dan SK Bukit Balai, kedua-duanya di daerah Sebauh, Bintulu.

    "Lima sekolah masih ditutup sejak Isnin lepas dengan sekolah paling banyak ditutup di Miri melibatkan tiga sekolah iaitu SK Sungai Bong, SK Kuala Bok dan SK Rumah Ranggong, selain SK Kuala Kenyana, Mukah dan SK Nanga Bon di Sibu," kata jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini. 

    Menurut JPBNS, 16 sekolah rendah iaitu 10 di Miri, lima di Sibu dan sebuah di Bintulu turut terjejas akibat banjir hari ini tetapi masih beroperasi seperti biasa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Lagi Sekolah Ditutup Akibat Banjir Di Sarawak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top