My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 11 January 2018

    Bicara Dua Tauke Februari Depan



    Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 19 hingga 22 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan kes dua lelaki yang ditahan Jabatan Imigresen Sabah atas pertuduhan menguruskan rumah persundalan di bandar raya ini, dua bulan lalu. 

    Hakim Azreen Aziz menetapkan tarikh demikian terhadap tertuduh Tay Leong Hee dan Tay Thian Chuan selepas kes disebut semula semalam.

    Leong Hee, 53, dan Thian Chuan, 46, yang merupakan ahli perniagaan itu berhadapan pertuduhan mencapai niat bersama menguruskan rumah persundalan di Tingkat 2, Hotel Pro­menade, No. 4, Lorong Api-Api 3, Api-Api Centre di sini pada pukul 8.44 malam, 23 November lalu.

    Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 373(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 35 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda, jika sabit ke­salahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bicara Dua Tauke Februari Depan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top