My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 January 2018

    7 Kampung, 13 Penagih Dadah



    TIGA belas penagih dadah ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di tujuh kampung di Beaufort dan Papar, dalam operasi bermula 9.30 malam tadi hingga 2 pagi hari ini. Semua individu ditahan berusia 22 hingga 50 tahun termasuk seorang lelaki yang pernah menjalani pengawasan di bawah AADK beberapa tahun lalu. 

    Ops Cegah Siri-1 yang dijalankan AADK Beaufort membabitkan tujuh kampung iaitu Kampung Benoni, Kawang, Buang Sayang, Taman Buang Sayang, Saga-Saga dan Kampung Pimping Membakut.

    Ketua Pegawai AADK Beaufort Effanehwati Lakat berkata, operasi itu turut disertai pegawai dan anggota penguat kuasa AADK Sabah yang diketuai oleh Erwan Roslan. Katanya, operasi ini hasil maklumat orang awam sebelum pegawai dan anggota AADK Beaufort dan negeri menjalankan risikan selama seminggu dalam usaha membanteras kegiatan penagih dadah di daerah berkenaan. 

    "Hasil operasi itu, menahan 15 orang disyaki penagih dadah dan ujian saringan awal air kencing, seramai 13 orang didapati positif dadah jenis methamphetamin atau syabu. Seorang suspek yang ditahan pernah ditangkap dan pernah menjalani pengawasan AADK beberapa tahun lalu tetapi masih aktif menagih dadah," katanya di sini.

    Beliau berkata, semua suspek disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. "AADK Beaufort akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penagih dadah.

    "Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menghubungi AADK Beaufort di talian 087-222667 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 7 Kampung, 13 Penagih Dadah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top