Nama Datuk Farid Kamil sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia merupakan salah seorang pelakon berbakat besar dan kebanyakan filem lakonannya berjaya di pawagam. Namun begitu, hari ini, terdapat berita yang kurang enak tentang pelakon yang secara terbuka menyuarakan sokongannya terhadap perjuangan yang sedang dilakukan oleh Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut laporan yang disiarkan oleh Utusan Online hari ini, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari telah ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara. Selain menampar anggota polis berkenaan, dia turut menendang dua orang awam yang ada di dalam balai polis berkenaan.
Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan mesej aplikasi whatsapp 300 artis yang dipercayai berhutang dengan sindiket ah long.
Berikutan penahanan tersebut, Farid telah menjalani ujian air kencing bagi menentukan sama ada dia di bawah pengaruh dadah. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
0 comments:
Post a Comment