My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 16 January 2018

    Sajat Setuju Jumpa Jakim



    USAHAWAN kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman menyambut baik pelawaan pegawai di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu berkaitan dirinya yang didakwa menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. 

    Sajat ketika dihubungi sebentar tadi berkata, dia bersetuju memenuhi jemputan dibuat Jakim selepas mereka memberi kenyataan mahu mengenali dan mendekati dirinya dengan lebih dekat. “Saya tidak tahu sebab dan kenapa pertemuan ini hendak dilaksanakan. Bagaimanapun, saya menyambut baik apa juga perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kedua belah pihak.

    “Jika pertemuan ini boleh menjernihkan keadaan dan memberi kebaikan kepada semua pihak, saya sentiasa berlapang dada untuk menerangkan setiap persoalan yang ingin diajukan nanti,” katanya.

    Kata Sajat, dia dijadualkan bertemu dengan Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha jam 3 petang. “Saya menerima dua panggilan daripada pihak Jakim semalam berhubung pelawaan mereka untuk bertemu saya. Selepas berbincang dengan ibu bapa saya, hari ini saya bersetuju ke pejabat Jakim ditemani peguam.

    “Jujur, saya tidak takut kerana ibu bapa sentiasa memberi sokongan dan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ibu bapa lebih mengetahui diri saya kerana mereka permulaan saya,” katanya. 

    Semalam Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof menerusi ‘mesej terbuka’ di laman sosial Facebook menyuarakan hasratnya untuk bertemu Sajat.

    Menerusi ‘mesej terbuka’ itu, Izwan yang juga pakar dalam menangani isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim berhajat bertemu Sajat, memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini berkaitan dirinya hingga menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat. 

    Pada masa sama, Othman menerusi twitter miliknya turut menyatakan persetujuan berhubung hasrat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan bersama ahli perniagaan dan selebriti terkenal itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sajat Setuju Jumpa Jakim Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top