My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 January 2018

    Selamat Datang Alexis Sanchez Ke Old Trafford



    Penyerang Arsenal, Alexis Sanchez sudah bersetuju dengan terma peribadi dalam kontrak yang menjadikannya pemain dengan gaji tahunan paling mahal di Manchester United sebanyak £14 juta (RM76.5 juta) selepas cukai, menurut laporan semalam. 

    Sanchez dilaporkan semakin hampir menyertai United selepas skuad kendalian Jose Mourinho itu membuat tawaran besar mengatasi pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

    Pengurus United, Mourinho mengakui Isnin lalu pasukannya “mempunyai peluang” untuk mengikat penyerang Chile itu ketika jendela perpindahan bulan ini dengan City difahamkan sudah terkeluar daripada persaingan mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu kerana faktor kewangan.

    Menurut akhbar Daily Telegraph, United menawarkan Sanchez kontrak empat setengah tahun yang akan menjadikannya pemain dengan gaji termahal di kelab itu.

    Ketika Telegraph melaporkan yuran perpindahan £30 juta (RM164 juta), bayaran ketika tandatangan £20 juta (RM109 juta) dan bayaran ejen £10 juta (RM54.5 juta), ia bermakna United mungkin berdepan jumlah keseluruhan perbelanjaan lebih £150 juta (RM821 juta) sekiranya mereka mendapatkan khidmat bekas pemain Barcelona itu.

    Usaha United membawa Sanchez ke Old Trafford bergantung kepada Henrikh Mkhitaryan berpindah ke Arsenal, menurut ejen pemain Armenia itu, Mino Raiola. Mourinho mengetepikan pemain tengah berusia 28 tahun itu daripada skuadnya menentang Stoke Isnin lalu kerana “keraguan mengenai masa depannya.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Selamat Datang Alexis Sanchez Ke Old Trafford Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top