My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 11 January 2018

    Itulah Pentingnya E-Hailing



    Isnin lalu, pemandu teksi di sekitar Kuching, Sarawak mengadakan demo bagi membantah operasi Grab dan Uber di negeri berkenaan. Menurut mereka, sejak Grab dan Uber beroperasi di Kuching, pendapatan mereka telah merosot sehingga ada yang mengalami penurunan pendapatan mencecah angka 70 peratus.

    Dapat difahami keluh kesah pemandu teksi di sekitar Kuching. Sudahlah mereka terpaksa bersaing dengan perkhidmatan van antara bandar, kewujudan Grab dan Uber juga mungkin bakal menjejaskan periuk nasi mereka.

    Namun begitu, dalam hal ini, perlu wujud kesedaran di kalangan pemandu teksi di Kuching untuk bergerak seiring dengan kepesatan teknologi digital hari ini. Oleh yang demikian, kerajaan telahpun memperkenalkan E-Hailing di mana pengguna hanya perlu memuat turun applikasi perkhidmata awam bagi memudahkan mereka bergerak dan menempah perkhidmatan pengangkuta awam yang mereka ingini.

    Di Semenanjung hari ini, ianya telah pun dipraktikkan di mana baik Uber, Grab mahupun perkhidmatan teksi, semuanya telah disediakan menerusi E-Hailing.

    Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri, beliau menyeru kepada semua pemandu teksi di Kuching, Bintulu dan Miri supaya menggunakaan sepenuhnya kemudahan E-Hailing yang telah di perkenalkan oleh kerajaan.

    Ujar beliau, perkhidmatan ini akan memberi manfaat kepada pemandu teksi di sekitar bandar-bandar berkenaan. Ini kerana, mereka perlu mengikut trend terkini dan permintaan pasaran semasa. Tambahnya lagi, pemandu teksi juga melihat aplikasi teknologi perkhidmatan pengangkutan sebagai pendekatan lebih mudah dan terbuka bukannya saingan semata-mata.

    Justeru, mereka tidak lagi perlu berpusing-pusing diseluruh Bandaraya Kuching atau mana-mana bandar-bandar besar yang lain hanya untuk mencari pelanggan. Malah katanya lagi, pendapatan pemandu teksi juga akan turut meningkat dan mereka tidak lagi perlu bimbang dengan persaingan yang wujud diantara Grab dan Uber.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Itulah Pentingnya E-Hailing Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top