My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 January 2018

    Kerana Atom Dan Humber, Alexis Sanchez Dikecam Peminat Arsenal



    Perpindahan lumayan Alexis Sanchez ke Manchester United yang turut melibatkan pertukaran Henrikh Mkhitaryan ke Arsenal, rupanya menimbulkan polemiknya yang tersendiri.

    Bagi kalangan pengurus Arsenal, Arsene Wenger, dia mendakwa, Sanchez lebih mengutamakan wang daripada terus kekal di Emirates. Dia mendedahkan, pihak pengurusan Arsenal ada menawarkan kontrak baru jangka panjang dan tangga gaji yang sesuai buatnya, namun, Sanchez lebih berminat dengan tawaran gaji 450 ribu pound seminggu yang ditawarkan oleh Manchester United.

    Bagi bekas pemain Arsenal, Martin Keown dalam tulisan blognya telah menghentam perpidahan Sanchez. Dia secara terbuka mendakwa Sanchez mengkhianati para peminat Arsenal apabila dia dengan sengaja berdolak dalik untuk memperbaharui kontraknya dengan Arsenal yang dijangka akan tamat pada pertengahan tahun ini.

    Lebih teruk lagi, peminat di Emirates seolah-olah berkabung dengan pemergiannya. Di laman sosial Instagram milik Sancez, ratusan peminat Arsenal membanjiri laman sosial milik pemain berkenaan dan menghujaninya dengan pelbagai kata kesat dan cemuhan.

    Apa yang mencuri tumpuan, majoriti peminat Arsenal seolah-olah begitu terluka apabila Sanchez memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dua ekor anjing peliharaannya, Atom dan Humber mengenakan skaf Manchester United.

    Dakwa mereka, Sanchez langsung tidak menghormati mereka kerana sewaktu ketibaan Sanchez di Emirates, Atom dan Humber turut mengenakan skaf milik Arsenal. Susulan daripada itu, gambar berkenaan mendapat kecaman dari para peminat Arsenal sehingga ada yang mendakwa, Sanchez telah mempergunakan haiwan berkenaan untuk menyakiti hati peminat Arsenal..

    Dalam perkembangan yang sama, Henrikh Mkhitaryan dijangka bakal menadatangani kontrak bersama Arsenal dalam tempoh 24 jam di mana dia berkemungkinan bakal bergabung semula dengan bekas rakan sepasukannya di Borussia Dortmund, Pierre Emerick Aubameyang yang kini menjadi sasaran utama Arsenal.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kerana Atom Dan Humber, Alexis Sanchez Dikecam Peminat Arsenal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top