My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 18 January 2018

    Sistem Lampu Rumah


    Kecanggihan Internet untuk segalanya (IoT) kini membolehkan manusia tinggal dalam rumah pintar. Terima kasih kepada Philips, sistem lampu yang anda boleh kawal walaupun tiada di rumah semestinya menjadi tarikan utama. 

    Malah, jika malas untuk menutup suis lampu selepas baring di atas tilam yang empuk pun boleh melakukannya hanya de­ngan menekan ‘suis lampu’ digital dalam telefon pintar. Kali ini kita berpeluang menguji set lengkap Philips Hue dan bermain dengan kecanggihan teknologi ternyata menyeronok­kan meskipun mungkin ada yang mengatakan, ‘Ah, manusia semakin malas rupanya’.

    Sebaik saja membeli kit permulaan ini, anda akan mendapati satu set lengkap daripada mentol lampu hingga mesin yang menghubungkannya. Jangan panik kerana cara memasangnya mudah ditambah manual yang mudah difahami sudah pasti melegakan.

    Anda tidak memerlukan juruteknik, cukup sekadar pengetahuan memasang mentol lampu, Internet dan sedikit saja pemahaman yang boleh dipelajari di Internet. Mula-mula anda perlu pasang mentol terlebih dulu di mana saja anda rasakan sesuai, sama ada di ruang tamu atau bilik tidur.

    Penguji memasangnya di kedua-dua kawasan terbabit yang boleh dikatakan agak penting. Seterusnya, anda hanya pasang mesin Hue terbabit kepada router dan jangan lupa masukkannya dalam plug kuasa kerana ia masih memerlukan elektrik (tidak beroperasi sekiranya tak digunakan).

    Selepas itu, pindah turun aplikasi Hue yang tersedia untuk peranti iOS dan Android dan tunggu sehingga aplikasi itu sendiri mengesan mentol di rumah anda. Ia boleh mencari lokasi mentol anda dengan pantas, jadi jangan risau sekiranya proses ini memakan masa lama.

    Sebaik saja mentol anda ditemui, ia boleh digunakan! Philips bekerja keras untuk membangunkan aplikasinya yang menyaksikan banyak peningkatan tahun ke tahun. Antaramuka utama membolehkan anda me­ngawal semua mentol sebagai satu kumpulan. Anda boleh tekan suis ke kanan skrin untuk menghidup­kannya.

    Paling menarik, anda mampu menyesuaikan warna mentol mengikut cita rasa sendiri pada aplikasi ini. Cara paling mudah untuk melakukannya dengan pemandangan yang ditetapkan oleh Philips terdiri daripada ‘Spring Blossom’ hingga ‘Savanna Sunset’.

    Sekiranya anda ingin cahaya sendiri, tetapkan saja dengan fungi manual pada aplikasi ini. Paling penting ialah bahagian rutin aplikasi. Dari sini, anda dapat menetapkan lampu untuk mematikan secara automatik apabila anda tiba atau meninggalkan rumah.

    SPESIFIKASI: 

    PHILIPS HUE PENGELUAR: Philips
    CIRI: Sistem lampu rumah
    PRO: Warna lampu boleh sesuai
    KONTRA: Pakej lampu mungkin mengelirukan
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sistem Lampu Rumah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top