My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 19 January 2018

    Pemuda Maut, Kereta Bertembung Ford Ranger Terbabas



    Seorang pemuda terbunuh selepas kereta dinaiki bertembung dengan kenderaan empat roda (4WD) yang terbabas di Jalan Batu Kawa di sini, malam tadi.  

    Jurucakap bomba berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam itu mangsa, Kelvin Jason Jayis, 23, maut di tempat akibat mengalami kecederaan parah tersepit dalam kereta Perodua Myvi dipandunya.

    Beliau berkata, pemandu 4WD jenis Ford Ranger, Lee Hann Neng, 38, turut mengalami cedera parah iaitu patah kedua-dua belah kaki.

    “Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang yang tiba di tempat kejadian melaporkan kemalangan terbabit melibatkan sebuah Ford Ranger dari arah jambatan Batu Kawa menuju ke MJC bertembung dengan Perodua Myvi dari arah bertentangan.

    “Maklumat awal daripada saksi di tempat kejadian mendakwa, Ford Ranger terbabit hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Myvi,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

    Beliau berkata, mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan telah diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pemuda Maut, Kereta Bertembung Ford Ranger Terbabas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top