My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 23 January 2018

    Polis Sarawak Serbu Pusat Judi Haram, 59 Kaki Judi Diberkas



    Polis terus menggempur pusat perjudian haram yang beroperasi di negeri ini dengan menahan seramai 59 kaki judi menerusi 31 serbuan sepanjang minggu lalu. Serbuan berasingan itu telah dilakukan di Kuching, Bau, Serian, Padawan, Miri, Sibu, Bintulu, Saratok, Serian, Kota Samarahan, Lawas dan Tatau. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, kesemua kaki judi yang ditahan itu berusia antara 17 hingga 73 tahun. Menurutnya, daripada 59 individu yang diberkas, 42 merupakan lelaki, manakala selebihnya pula wanita termasuk tiga warga asing.

    "Serbuan berasingan yang dilakukan itu melibatkan premis judi dalam talian, pusat jualan loteri haram serta gelanggang judi sabung ayam. Wang tunai berjumlah RM5,501 dipercayai hasil perjudian haram turut dirampas," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Mengulas lanjut, Dev memberitahu, kesemua suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1962.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Sarawak Serbu Pusat Judi Haram, 59 Kaki Judi Diberkas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top