My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 January 2018

    Kisah Tragis Cinta Tiga Segi




    Polis memburu seorang wanita tempatan dan kekasihnya warga Perancis kerana disyaki membunuh seorang lelaki Itali yang mayatnya rentung dan dikerat-kerat ditemui pada Jumaat lalu. 

    Giuseppe de Stefani, 61, dipercayai dibunuh Rujira Klaylamai, 38, dan kekasih wanita itu, Amuary Rigaud, 33, kata ketua polis wilayah Phitchit, Thawatchai Muannara. Badan mangsa yang dikerat daripada anggota lain ditemui dalam hutan berhampiran sebuah kolam di Bung Na Rang, Phitchit, utara Thailand. Dua tangan dan kaki kanan bertatu turut ditemui di lokasi itu.

    Identiti De Stefani dikenal pasti anak perempuan Rujira berdasarkan tatu berkenaan. Siasatan awal menunjukkan Rujira mempunyai suami warga tempatan tetapi sudah berpisah dan dilaporkan mempunyai hubungan percintaan tiga segi bersama mangsa serta Rigaud, walaupun tinggal dengan lelaki Perancis terbabit di kawasan berkenaan.

    Ketika siasatan berlangsung, polis menerima maklumat penduduk tempatan mendakwa seorang wanita Thai dan lelaki asing disyaki terbabit dalam kejadian bunuh itu. Polis pergi ke rumah dikongsi pasangan kekasih itu dan melihat kedua-duanya sedang mencuci kereta, malah jiran mereka mendakwa Rujira serta Rigaud menghabiskan masa terlalu lama membersihkan kenderaan itu. 

    Thawatchai berkata, Rujira dan Rigaud kemudian melarikan diri menaiki kereta sama, manakala hasil pemeriksaan di dalam rumah itu menemui nota daripada mangsa kepada wanita terbabit yang berkata: “Kamu kata kamu cintakan saya semata-mata mahu mendapat duit. Saya tidak pernah jumpa orang sejahat kamu.”

    Polis turut menemui arang dan kayu api di rumah itu. Sementara itu, Thawatchai tidak menolak kemungkinan beberapa orang lain terbabit dalam kejadian itu kerana rakaman kamera litar keselamatan tertutup menunjukkan kenderaan lain meninggalkan tempat kejadian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kisah Tragis Cinta Tiga Segi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top