My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 January 2018

    Tidak Akan Tambat Semula Ringgit


    Malaysia tidak akan mengulangi langkah menambat ringgit kerana ia akan menjejaskan ekonomi dan kemakmuran rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan yakin bahawa meskipun akan ada turun naik dalam tempoh jangka pendek, namun bagi jangka panjang, paras ringgit akan mencerminkan kekuatan ekonomi Malaysia. 

    Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang beranggapan bahawa menambat semula ringgit akan menjadi satu langkah yang mudah dan membantu.

    Menurut Najib, langkah menambat ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang dilaksanakan Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia 1997/98 telah diambil terlalu lama.

    “Para pelabur dan pasaran global hilang keyakinan terhadap kita dan kita mengambil masa yang lama untuk memenangi semula hati mereka. Ia amat merugikan negara,” katanya pada majlis pelancaran Invest Malaysia 2018 di sini semalam.

    Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ia merupakan antara isu-isu lalu yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan dan fokus sekarang adalah ke arah masa depan Malaysia.

    “Kita sedar masa depan negara bergantung kepada modal insan, persediaan bagi revolusi perindustrian keempat, penguasaan ekonomi digital, kefasihan dalam bahasa termasuk bahasa Inggeris dan pelaburan dalam prasarana seperti jalan raya, jalan kereta api, pelabuhan dan sebagai­nya,” ujarnya.

    Perdana Menteri berkata, pengukuhan transformasi ekonomi Malaysia terbukti dalam ekonomi baharu yang dibangunkan negara dengan ringgit meningkat sebanyak 10.4 peratus berbanding dolar AS pada tahun lepas.

    Pada 5 Januari lalu, ringgit ditutup di paras tertinggi dalam tempoh 17 bulan, melepasi paras psikologi 4.0. “Walaupun sebahagian daripada peningkatan ini disokong daripada pemulihan harga minyak mentah dunia tetapi ia juga menunjukkan sentimen positif dalam kalangan pelabur dan pengiktirafan terhadap asas ekonomi dan kewangan Malaysia yang amat baik,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tidak Akan Tambat Semula Ringgit Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top