My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 17 January 2018

    Jangan Perjudikan Mata Pencarian Hanya Terpengaruh Dengan Dakyah Jahat



    Kebelakangan ini, begitu banyak isu yang timbul di kalangan para pemandu teksi di seluruh negara. Secara amnya, mereka tidak berpuas hati dengan kewujudan perkhidmatan Grab dan Uber yang mereka dakwa telah menyekat mata pencarian mereka.

    Pada masa yang sama, di pihak pembangkang, mereka cuba mengambil kesempatan di atas ketegangan yang wujud antara pemandu teksi dengan kerajaan, dengan menyampaikan begitu banyak dakyah jahat yang secara amnya, menghasut pemandu teksi untuk menentang kerajaan. Hasilnya, banyak mogok dan piket berlaku dan yang terbaru berlaku di Kuching.

    Hakikatnya, dalam persaingan antara Grab dan Uber hari ini, kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), telah memperkenalkan sistem e-Hailing bagi membantu para pemandu teksi yang terjejas untuk memperolehi pendapatan yang jauh lebih baik berbanding sebelum pengenalan sistem ini.

    Namun begitu, dakyah jahat yang kerap kali disebarkan oleh pembangkang seperti Rafizi Ramli, kerap kali menutup mata para pemandu dan penyedia perkhidmatan teksi ini untuk melihat kelebihan yang ada di dalam e-Hailing. Mereka lebih senang untuk menyalahkan kerajaan seratus peratus di atas kesusahan yang mereka alami.

    Sehinggakan, sudah wujud ugutan di kalangan para pemandu teksi untuk tidak lagi mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Persoalannya, adakah mereka memperolehi apa yang mereka hajati seandainya kerajaan yang selama ini prihatin terhadap masalah mereka, ditumbangkan?

    Untuk ini, apa kata para pemandu teksi yang begitu hebat menghentam dan mengugut kerajaan ini melihat sendiri bagai mana 35 keluarga di Kampung Kerinchi, ditipu hidup-hidup oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sehinggakan kesemua 35 keluarga ini gagal mendapatkan rumah yang sepatutnya menjadi hak mereka.

    Adakah para pemandu teksi ini ingin mempertaruhkan masa depan dan sumber pendapatan mereka hanya kerana termakan dengan hasutan yang cuba dimainkan oleh pembangkang? Sebelum mengambil sebarang tindakan yang boleh merugikan diri sendiri, cuba renungkan wajah orang yang tersayang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

    Tanya diri sendiri, adakah wajar termakan hasutan pembangkang yang belum tentu mampu direalisasikan? Adakah kita menolak untuk mensyukuri nikmat yang telah diberikan walaupun tidaklah semewah mana? Setidak-tidaknya, kerajaan menerusi SPAD sering memikirkan jalan untuk menaikkan sumber pendapatan para pemandu teksi ini di tahap optimum.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Perjudikan Mata Pencarian Hanya Terpengaruh Dengan Dakyah Jahat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top