Unit bagi kumpulan pertama kini sudah mula diserahkan kepada pelanggan yang membuat tempahan awal dengan harga bagi model berkenaan bermula dari RM238,000 di Semenanjung Malaysia.
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, pihaknya gembira dengan maklum balas yang diterima bagi pengenalan Toyota Harrier serba baru di Malaysia. “Memandangkan model generasi sebelumnya hanya untuk pasaran domestik Jepun saja, kami tidak dapat menjualnya secara rasmi ketika itu.
“Bagaimanapun, Toyota Motor Corporation telah mengambil keputusan untuk menawarkannya bagi pasaran di luar Jepun dan untuk itu, Malaysia antara negara yang terawal menjualnya secara rasmi,” katanya dalam kenyatan dikeluarkan di sini, semalam.
Toyota Harrier datang dengan jaminan lima tahun dan tanpa had perbatuan. Ini termasuk kesediaan stok alat ganti tulen untuk model generasi terbaru ini. Penampilan model generasi terbaharu Toyota Harrier memiliki gril yang disudutkan untuk tujuan aerodinamik dengan lencana helang khas digunakan bagi memberi penekanan terhadap imej agresif dan elegan yang dibawa.
Lampu utama, lampu nyalaan siang (DRL), lampu selekoh, lampu kabus serta lampu belakang semuanya menggunakan LED. Harrier 2.0T yang diimport sepenuhnya ini dilengkapi enjin 2.0 liter dengan pengecas turbo.
Dua versi ditawarkan iaitu Harrier 2.0T Premium dan Harrier 2.0T Luxury yang hadir dengan kelengkapan tambahan. Untuk maklumat lanjut boleh melayari toyota.com.my.
0 comments:
Post a Comment