My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 12 January 2018

    Didakwa Bunuh Ketua Kongsi Gelap



    Seorang pembantu restoran dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang ketua kongsi gelap dalam kejadian di stesen minyak Shell, Taman Pelangi di sini pada pertengahan Disember tahun lalu. 

    Kedua-dua tertuduh, Yip Kah Hou, 24, dan Gan Jia Ji, 20, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Hajar Ali. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

    Mengikut kertas pertuduhan, Jia Ji yang berasal dari Taman Johor Jaya di sini didakwa bersama-sama lima lagi suspek yang masih bebas melakukan pembunuhan dan menyebabkan kematian seorang lelaki, Tan Aik Chai, 44. 

    Kah Hou pula yang bekerja sebagai pembantu restoran didakwa bersama-sama tiga lagi suspek yang masih bebas bersubahat melakukan jenayah dengan Jia Ji sehingga menyebabkan kematian. Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di kawasan stesen minyak Shell, Jalan Sri Pelangi, Taman Pe­langi di sini pada pukul 7.30 malam, 17 Disember 2017.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Didakwa Bunuh Ketua Kongsi Gelap Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top