My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 19 January 2018

    Seorang Maut, Dua Parah Dalam Nahas Jalan Raya



    Seorang lelaki maut manakala dua cedera parah selepas kenderaan jenis Perodua Bezza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di jejantas Jalan Kolam di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi tersebut mangsa, Wijawa Erwin, 24, disahkan meninggal dunia di lokasi. 

    Sementara itu, dua lagi mangsa yang identiti masih belum dikenalpasti mengalami cedera parah. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, seramai tujuh anggota dan sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.23 pagi.

    “Sebaik tiba di sana, kami mendapati telah berlakunya kemalangan antara kereta Perodua Bezza bertembung dengan Toyota Hilux di jejantas Jalan Kolam.

    "Terdapat tiga mangsa di dalam kereta terbabit yang mana seorang daripada mereka meninggal dunia di lokasi manakala dua lagi cedera parah," katanya hari ini . Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth dekat sini untuk tindakan lanjut. Punca kejadian masih dalam siasatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Seorang Maut, Dua Parah Dalam Nahas Jalan Raya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top