Sudah banyak ulasan dibuat berhubung pencalonan ini cuma tidak ramai yang meneliti, apa yang akan dilakukan oleh Mahathir sebaik sahaja menduduki semula kerusi Perdana Menteri bagi pihak pembangkang ini.

Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam urusan pentadbiran negara serta mempunyai begitu banyak "own interest" terhadap negara, Sudah tentunya, dia akan menumpukan pelbagai perkara untuk mengukuhkan kuasa dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Menurut pemerhatian, terdapat tiga perkara yang mungkin akan diberi perhatian khusus oleh Mahathir seandainya dia kembali berkuasa. Perkara pertama adalah dia bakal menggubal semula Anti Money Laundering Act (AMLA) atau lebih senang di sebut sebagai Akta Anti Penggubahan Wang Haram.

Justeru, apabila akta ini digubal semula, ianya seperti memberikan mereka kuasa untuk membawa masuk wang mereka yang tersadai di luar negara untuk dibawa masuk semula kedalam negara khas untuk mereka. Jumlahnya bukan sedikit. Ianya mencecah angka berbilion-bilion Ringgit dan menariknya, sehingga hari ini, Mahathir langsung tidak pernah menafikannya.
Perkara kedua yang akan diberi perhatian khas oleh Mahathir adalah menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri ataupun lebih kita kenali sebagai ISA. Ianya adalah senjata Mahathir dalam melenyapkan terus sebarang kritikan mahupun cubaan untuk melawannya semasa dia berkuasa selama lebih 22 tahun dahulu.
Perkara terakhir pula adalah, usahanya untuk melenyapkan terus Barisan Nasional menerusi pelbagai tuduhan liar yang akan menyaksikan ramai dikalangan pemimpin Barisan Nasional di hadapkan kemahkamah atas pelbagai tuduhan yang selama ini gagal dikemukakan sebarang bukti oleh Mahathir. Namun, semua bukti itu akan diada-adakan demi mahu menghancurkan terus UMNO dan Barisan Nasional.

Istilah untuk Selamatkan Malaysia tidak lebih dari sekadar satu laungan yang langsung tidak memberi apa-apa makna terhadapnya kerana keadaan Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri sudah terbukti berada dalam keadaan terbaik. Mahathir hanya akan mengambil kesempatan keatas keamanan dan kemakmuran Malaysia yang dijana oleh Datuk Seri Mohd Najib khas untuk kepentingan dirinya sahaja.
0 comments:
Post a Comment