My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 January 2018

    Cukuplah Sampai Di Sini - Slayer



    KUMPULAN thrash legenda, Slayer ‘akan berhenti dan bersara’ selepas menjayakan konsert jelajah kali terakhir tahun ini, menurut ketua kumpulan itu, Tom Araya. Slayer mengumumkan perancangan menerusi video menampilkan kompilasi keratan akhbar, poster awal pembabitan dan foto akhbar sepanjang berkecimpung dalam thrash metal. 

    Kuartet itu mengesahkan penampilan pada jelajah Amerika Utara musim panas ini bersama kumpulan Lamb Of God, Anthrax, Testament dan Behemoth. Tarikh konsert diumumkan pada hujung minggu ini.

    Kali terakhir Slayer menjelajah Amerika Utara bersama Lamb Of God dan Behemoth adalah pada musim panas 2017. Araya selaku vokalis dan pemain gitar bass kumpulan menyuarakan persaraan itu dalam satu temu ramah bersama Loudwire sebelum ini.

    Dia berkata: "Masa sudah tiba untuk saya mengutip pencen. Ini adalah peralihan karier." Dia meneruskan: "Saya rasa berterima kasih kerana kami berada dalam genre ini selama 35 tahun dan ia tempoh panjang. Jadi, yeah, buat saya, ia memang cukup lama.

    “Sewaktu memulakan kumpulan ini segala galanya hebat kerana ketika itu masih muda dan tidak terikat. Kemudian tiba apabila masa berkeluarga, saya berdepan saat sukar untuk terbang ke sana sini mengadakan konsert,” katanya.

    Buat masa ini, saya boleh terbang pulang bila bila masa saya mahu untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Ia sesuatu yang saya tidak dapat lakukan ketika anak anak saya membesar”. 
    Mereka sekarang sudah dewasa dan matang. Jadi, saya mengambil kesempatan ini," katanya.

    Araya menambah: "Yeah, semakin sukar menjayakan persembahan di pentas sekarang. Tempoh 35 tahun sememangnya."

    Selain Araya, Slayer ditubuhkan pada 1981 berasal Huntington Park, California dianggotai oleh Kerry King (gitar), Gary Holt (gitar) dan Paul Bostaph (dram). Mereka merakam 12 album studio dan memenangi anugerah Grammy pada 2007
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cukuplah Sampai Di Sini - Slayer Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top