My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 17 January 2018

    Vokalis The Cranberries Sudah Tiada



    VOKALIS dan pencipta lagu The Cranberries, Dolores O'Riordan, 46, dilaporkan meninggal dunia ketika di London, England atas urusan kerja, semalam. Dolores berada di London bersama anggota Noel Hogan, Fergal Lawler, Mike Hogan dan Niall Quinn untuk rakaman lagu baru. Bagaimanapun, punca sebenar kematiannya belum didedahkan. 

    Menurut BBC, polis menerima panggilan jam 9.05 pagi dari hotel di Park Lane. Jurucakap polis berkata, seorang wanita berusia 40-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Anggota lain The Cranberries turut mengumumkan pemergian Dolores di media sosial.

    “Kami terkejut besar dengan pemergian rakan baik, Dolores. Dia mempunyai bakat luar biasa dan kami sangat bertuah untuk menjadi sebahagian daripada hidupnya sejak menubuhkan The Cranberries pada 1989.

    “Dunia kehilangan artis hebat hari ini,” tulis mereka di Twitter. Dolores atau Dolores Mary Eileen O'Riordan dilahirkan 6 September 1971 di County Limerick, Ireland dan mula menyertai The Cranberries sebagai vokalis pada 1990.

    Dikenali dengan vokal unik, bersama kumpulan ini Dolores cukup dikenali menerusi lagu Zombie hingga popular di seluruh dunia menerusi album sulung, Everybody Else Is Doing It, So Why Can't We? pada 1993.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Vokalis The Cranberries Sudah Tiada Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top