Gara-gara tidak berpuas hati selepas bertekak dengan anak perempuan kekasihnya, seorang pekerja kilang perabot bertindak kejam mencekik pelajar berusia 13 tahun itu sehingga mati di sebuah rumah sewa di Permyjaya di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, semasa kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, suspek dipercayai telah bertengkar dengan mangsa di sebuah rumah sewa di Permyjaya.
Katanya, kemuncak pertengkaran mereka, suspek dipercayai mencekik leher pelajar tingkatan satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau itu sehingga dia mati.
0 comments:
Post a Comment