My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 16 January 2018

    Mungkin Kita Boleh Saksikan Pertunjukan Fesyen Di Dalam Terowong



    Jika membicarakan tentang kegilaan kerajaan DAP Pulau Pinang, memang terlalu banyak untuk diperkatakan. Manakan tidak, sudahlah habis semua tanah kerajaan dijual kepada pihak asing, projek terowong dasar laut yang kononnya bakal menjadi projek mega kerajaan DAP Pulau Pinang juga menimbulkan 1001 perkara lucu yang tidak mungkin dapat dilupakan.

    Umum sedia maklum bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang kerap kali mengwar-warkan bahawa mereka sedang dalam rangka pembinaan sebuah terowong yang menghubungkan Prai dengan bahagian pulau di negeri berkenaan. Projek berkenaan telah menelan belanja RM 305 juta hanya untuk proses kajian keboleh laksanaan sahaja.

    Ajaibnya, pada tahun lalu, Lim Guan Eng dalam satu pengumuman talah membatalkan kerjasama mereka dengan Zenith Corporation Ltd, syarikat yang dilantik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menjalankan kajian berkenaan. Cerita ini belum habis lagi kerana sebaik sahaja SPRM membuka kertas siasatan, terdapat sesuatu yang cukup mengejutkan di sebalik kisah terowong ini.

    Siapa sangka, disebalik beberapa syarikat yang mendapat tender projek berkenaan, terselit sebuah syarikat berasaskan fesyen yang turut sama tersenarai dalam senarai syarikat berkenaan. Persoalannya, kenapa syarikat fesyen berkenaan boleh berada di dalam senarai syarikat yang memperolehi tender berkenaan?

    Mungkin juga, Lim Guan Eng atau pun kerajaan DAP merancang, sebaik sahaja terowong berkenaan siap, satu pertunjukan fesyen mungkin dilakukan di terowong berkenaan dan ianya mungkin bakal dijadikan acara tahunan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menarik pelancong datang ke Pulau Mutiara berkenaan.

    Itu mungkin andaian sinikal terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan DAP terutamanya Lim Guan Eng. Hakikatnya, apa yang telah didedahkan ini jelas menunjukkan bagaimana teruknya pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang. Begitu banyak penyelewengan dan salah guna kuasa dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga kita sendiri tidak tahu, yang mana betul dan yang mana tidak.

    Memetik kata-kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Lim Guan Eng hanya tahu untuk menghentam orang lain hanya untuk menutup setiap satu kesalahan yang dia dan kerajaan yang diterajuinya buat supaya orang ramai mengalihkan perhatian dari memperkatakan tentang kerosakan yang telah dia lakukan di Pulau Pinang.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mungkin Kita Boleh Saksikan Pertunjukan Fesyen Di Dalam Terowong Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top