My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 15 January 2018

    Musim Buah Di Duriotourism MARDI Bermula Bulan Mei Ini



    Duriotourism MARDI Kuala Kangsar bakal kembali sibuk dengan kunjungan pengunjung bila tiba musim buah-buahan khususnya, durian menjelang bulan Mei hingga Jun serta pada akhir tahun ini. 

    Timbalan Pengarah MARDI Perak, Salmizi Saad berkata, daripada 1,010 pokok durian yang terdapat di ladang tersebut, hanya 800 pokok durian yang telah matang dan berbuah secara berperingkat-peringkat. Menurut beliau, buah durian gugur dari sebatang pokok mengambil masa kira-kira dua minggu.

    “Ia tidak gugur secara serentak tetapi berperingkat-peringkat dan kami jangkakan ia akan berlaku dua kali musim iaitu pada pertengahan tahun iaitu antara bulan Mei dan Jun dan dan juga pada dua bulan terakhir iaitu November dan Disember.

    “Jika di luar musim buah, pengunjung boleh berkunjung ke taman ini untuk mendapatkan pelbagai khidmat nasihat mengenai raja buah serta buah-buahan lain seperti cara penanaman, pembajaan dan penjagaannya agar dapat hasil yang berkualiti,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Taman Duriotourism MARDI di Kuala Kangsar baru-baru ini. Taman Duriotourism MARDI mengenakan bayaran serendah RM50 seorang untuk dewasa dan RM35 seorang kanak-kanak, pengunjung akan turut dibawa melawat ladang di sekitar Duriotourism itu dengan menaiki tram ke kebun manggis, limau bali dan juga pokok durian.

    “Program sehari di taman itu akan melibatkan empat peringkat kumpulan pengunjung dan setiap kumpulan terdiri daripada 35 orang. Buat masa ini, aktiviti yang dijalankan agak terhad dan MARDI tidak memfokuskan kepada keuntungan semata-mata,” ujarnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Musim Buah Di Duriotourism MARDI Bermula Bulan Mei Ini Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top