Realiti yang berlaku dalam masyarakat dipaparkan menerusi telefilem berjudul Rantai arahan pengarah terkenal, Bade Haji Azmi. Menampilkan gandingan mantap pelakon utama berpengalaman iaitu Eman Manan, Eja, Izara Aisyah, Rahim Jailani, Namron dan Izzue Islam, Rantai akan ditayangkan menerusi slot Citra di TV2 pada 9 Februari ini, jam 10 malam.
Rantai tampil dengan kisah seorang kanak kanak yang sering dipukul bapanya kerana nakal menjadi garang dan panas baran apabila dewasa. Di samping menghadapi kesukaran hidup dalam masyarakat kampungnya, dia juga sering memukul isteri dan anaknya. Anak perempuannya memberanikan diri menegur perangai bapanya yang buruk itu.
Akhirnya dia sendiri menjadi mangsa kelakuan panas barannya apabila terpijak sebuah dulang besar mengandungi minyak panas ketika mahu memukul anaknya.
Drama masyarakat penuh konflik dan emosi ini menyorot kisah Zaleha yang terpaksa menanggung penderitaan akibat penderaan mental dan fizikal akibat sikap panas baran Hussin yang sentiasa kesempitan duit akibat suka berfoya-foya dan berjudi. Zaleha juga menanggung malu dengan kegiatan Hussin yang menyeludup rokok dari seberang.
Bagaimanapun, dia tetap bersabar kerana Husin pernah mengugut untuk menghalau dia dan anaknya, Ain yang masih menuntut di universiti apabila Zaleha meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV boleh menyaksikannya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
0 comments:
Post a Comment