My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 3 February 2018

    Tidak Pernah Ada Yang Bersih Dari Kacamata Pembangkang




    Kadang kala, kebenaran itu begitu perit untuk diterima walaupun kerap kali diserlahkan. Akan ada sahaja alasan mereka yang menolak kebenaran untuk mendakwa, semua itu adalah pembohongan dan lebih teruk lagi, mereka akan menganggap ianya sebagai satu helah untuk memenangkan satu-satu pihak.

    Inilah yang berlaku terhadap para pemimpin Pakatan Harapan di negara ini. Umum sedia maklum bahawa mereka begitu kerap melaungkan kebenaran dalam semua aspek samada pentadbiran mahupun pengurusan ekonomi. Sudah terlalu kerap kita mendengar dakwaan mereka kononnya kerajaan hari ini melakukan salah laku termasuk tuduhan mencuri hasil negara dan sebagainya.

    Walaupun begitu banyak penerangan yang dilakukan oleh kerajaan dalam menjawab segala tuduhan mereka, namun mereka tetap menolak jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh kerajaan. Mereka tetap juga menuduh kerajaan dengan pelbagai tuduhan liar yang langsung tidak disertakan dengan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.

    Terbaru, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tampil untuk kesekian kalinya mendakwa, Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan berlangsung pada bila-bila masa, akan menjadi Pilihan Raya Umum yang paling kotor dalam sejarah. Dakwanya, terlalu banyak manipulasi undi akan berlaku disamping tuduhan kononnya BN mengamalkan cara politik kotor untuk meraih undi.

    Menariknya, dakwaan Nurul Izzah ini bukan baru kita dengari hari ini. Pada tahun 2013, semasa Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, Nurul Izzah juga meengeluarkan dakwaan yang sama yang mana, dia turut memberikan alasan yang sama terhadap tuduhannya. 

    Hakikatnya, kesemua dakwaan Nurul Izzah sebelum ini didapati penuh penipuan kerana pihak pemerhati asing yang memerhatikan sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi mendapati, tidak terdapat walau satu unsur pun yang meragukan terhadap sistem demokrasi di negara ini.

    Malah, beberapa kes yang difailkan ke mahkamah oleh pembangkang juga kesemuanya ditolek oleh pihak mahkamah kerana kekurangan bukti dan dakwaan yang mengarut dan meragukan. Justeru, ingin ditanyakan kepada Nurul Izzah, kekotoran apa yang dia dakwa akan berlaku pada setiap Pilihan Raya Umum di negara ini?

    Seandainya kerajaan benar-benar mahu menguasai sepenuhnya kerusi Parlimen, kerajaan BN tidak perlu membazirkan 89 kerusi Parlimen semasa Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu untuk diserahkan kepada pembangkang. BN boleh sahaja mengaut kesemua 222 buah kerusi Parlimen tanpa memberi sebarang peluang untuk pembangkang menang.

    Hakikatnya, sepanjang perjalanan sistem pilihan raya negara berlangsung, ianya dilakukan dengan penuh sistematik dan terurus. Malah, kemahuan pembangkang yang mahukan penggunaan dakwat kekal kepad apengundi juga turut diikuti walaupun kerajaan boleh sahaja melaksanakan sistem biometrik terhadap daftar pemilih.

    Sekali lagi pembangkang dan Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan penuh penipuan. Yang kotor adalah mereka yang begitu banyak cuba melakukan sabotaj terhadap ekonomi dan cuba menghancurkan perpaduan diantara rakyat. Mereka patut renung kepada diri sendiri dahulu sebelum menuduh orang lain cuba melakukan kerosakan dan penipuan.

    *Artikel ini diterbitkan pada 3 Februari 2018
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tidak Pernah Ada Yang Bersih Dari Kacamata Pembangkang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top