My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 11 June 2018

    Adakah Malaysia Menuju Sebuah Negara Republik?



    Istilah Republik ini sebenarnya merujuk kepada satu corak pemerintahan berasaskan rakyat dan menolak sama sekali sistem pemerintahan Beraja yang masih diamalkan di beberapa buah negara di dunia. Namun, secara majoritinya, kebanyakan negara sudah beralih kepada sistem pemerintahan Republik yang mana Presiden mempunyai kuasa penuh dalam menentukan hala tuju negara.

    Namun begitu, di Malaysia, kita mengamalkan sistem pemerintahan yang cukup unik yang tidak ada negara lain mampu menyainginya. Di dalam Malaysia, terdapat sembilan orang Sultan yang mana salah seorangnya diangkat menjadi Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong sebagai Sultan bagi 2 negeri Selat, Melaka dan Pulau Pinang dan 2 negeri Borneo, Sabah dan Sarawak serta tiga Wilayah Persekutuan iaitu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

    Atas keunikan inilah, banyak negara di dunia menzahirkan kekaguman mereka terhadap sistem pemerintahan negara yang diamalkan sejak 31 Ogos 1957. Malah. tidak keterlaluan untuk menyatakan, sejak 1376 lagi, Tanah Melayu ini tidak dapat dipisahkan dengan sistem pentadbiran Beraja yang diasaskan oleh Parameswara di Melaka.

    Namun hari ini, cabaranya jauh berbeza. Jika sebelum ini, kuasa Raja-Raja Melayu di negara ini tidak ada sesiapa berani mencabar kecuali krisis Perlembagaan Negara pada tahun 1992, hari ini kedudukan Yang DiPertuan Agong sebagai tunggak asas pentadbiran negara sudah semakin hari semakin dicabar dengan idealogi sebuah negara Republik.

    Semuanya bermula sebaik sahaja Pakatan Harapan membentuk sebuah kerajaan pada 13 Mei 2018. Pada ketika itu, tidak ramai yang menjangka, kerajaan akan bertindak melantik seorang Peguam Negara yang bukan Islam bagi menggantikan Peguam Negara sedia ada, Tan Sri Apandi Ali.

    Hal ini memang mencetuskan keresahan ramai apabila Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang Di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, enggan memberi perkenan beliau kepada perlantikan Tommy Thomas ini. Baginda berusaha untuk melenggahkan perlantikan berkenaan kerana Baginda sedar, kuasa mutlak Raja-Raja Melayu akan terancam akibat dari sebarang kesilapan baginda memberi perkenan.

    Perlu diingatkan bahawa, seorang peguam Negara bukan sahaja menasihati Yang DiPertuan Agong berkenaan kes-kes sivil semata-mata. Malah peranannya juga turut menjadi penasihat berhubung kes-kes syariah yang mana secara amnya, ianya dilakukan oleh seseorang yang beragama Islam atau setidak-tidaknya mempunyai latar belakang pendidikan Islam.

    Malah, melalui seorang Peguam Negara,mereka juga boleh menjadi Pendakwa Raya bagi pihak kerajaan untuk mendakwa Kebawah Duli-Duli Baginda di dalam sebuah mahkamah khas atas kesalahan yang dilakukan oleh Duli-Duli Tuanku. Malah, sekiranya wujud desakan untuk memansuhkan sistem pentadbiran Raja Berpelembagaan, hanya melalui Peguan Negara sahajalah perkara ini boleh direalisasikan.

    Melihat kepada peranan besar yang dimainkan oleh seorang Peguam Negara, timbul persoalan, adakah terdapat desakan dari mereka yang begitu menginginkan pembaharuan untuk menggantikan sistem Raja Berpelembagaan kepada sistem pemerintahan Republik?

    Andai kita faham tentang perundangan, pastinya kita akan ternanti-nanti, siapakah yang mempunyai keberanian untuk membentangkan cadangan, menggantikan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan kepada Republik di Parlimen. Hari ini, Pakatan Harapan mempunyai majoriti mudah dan sudah tentu, mereka juga mengharapkan undian menyebelahi mereka di Parlimen.

    Perlu ditekankan bahawa, sesiapa yang berjaya memperolehi undi dua per tiga di Parlimen, usul berkenaan akan diluluskan. Pada ketika inilah Peguam Negara akan memainkan peranan menurunkan kesemua 9 orang Raja-Raja Melayu di negara ini. Andai hali ini berlaku, maka ianya adalah satu langkah kejayaan besar buat mereka yang begit mengidamkan pentadbiran Republik.

    Selain daripada mengharapkan undian besar di Parlimen, saatu lagi cara yang boleh dilakukan oleh mereka adalah dengan mengumpulkan tandatangan dua pertiga daripada rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas. Sekiranya mereka memperolehi sokongan yang cukup, adalah menjadi sesuatu yang mudah buat Peguam Negara menjalankan tugasnya merubah corak pentadbiran negara.

    Mungkin, dalam hal ini, tidak ramai yang sedar akan kemungkinan-kemungkinan ini terjadi. Namun, dari perkembangan yang berlakusejak akhir-akhir ini dan dengan penilitian terhadap beberapa perkara di dalam Perlembagaan Negara, tidak mustahil perkara ini boleh terjadi.

    Di luar sana, ramai yang tengah bersorak hebat menyatakan kita sudah memasuki era Malaysia Baru. Namun perlu ditekankan di sini adalah, sistem peerintahan Beraja sebelum dirombak menjadi Raja Berpelembagaan, adalah tradisi kaum Melayu yang menguasai 68.2 peratus populasi di Tanah Melayu ini sendiri.

    Andai kata ada diantara anak Melayu itu sendiri sudah mula menolak cara pentadbiran Raja Berpelembagaan, apa yang dikhuatiri adalah, jati diri anak Melayu itu sendiri bakal pudar dan yang ada hanyalah jati diri Malaysia Malaysian, istilah yang selama ini dijulang dan diguna pakai oleh DAP sejak insiden terburuk dalam sejarah negara, 13 Mei 1969.

    Sejak Parameswara sehinggalah Sultan Muhammad V, kita perlu pertahankan institusi ini kerana disinilah pusat kekuatan kaum Melayu berada. Malah di sini jugalah payung agam Islam, agama rasmi negara berpusat. Kita tidak boleh kehilangan sistem ini kerana sudah terbukti, sejak sekian lama sejak merdeka, negara kekal aman makmur ditadbir oleh seorang Raja dengan mengamanahkan kuasa kepada sebuah kerajaan yang dtadbir oleh Mamanda Menteri.

    * Artikel ini berkisar daripada pandangan peribadi penulis tentang apa yang berlaku di dalam Malaysia sejak 9 Mei 2018. Ianya hasil daripada kajian penulis serta disertai dengan keadaan semasa. Ianya tidak ada kena mengena dengan apa jua jenis hasutan mahupun kebencian. Ianya terzahir atas rasa cinta kepada Negara serta Paduka Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu yang bersemayam di atas tahta masing-masing.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Adakah Malaysia Menuju Sebuah Negara Republik? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top