Kunjungan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Jepun, telah membawa beberapa nostalgia silam untuk kita imbas semula sepanjang 22 tahun beliau menguasai negara. Antara yang nostalgia yang paling dingati adalah bagaimana beliau membawa idea membangunkan kereta nasional ketiga, sama seperti mana beliau lakukan semasa mahu membangunkan Proton pada 1983.
Malah, beliau juga turut menghidupkan semula Dasar Pandang keTimur yang pernah beliau ilhamkan sepanjang menjadi Perdana Menteri keempat, 15 tahun yang lalu. Malah, paling utama yang beliau lakukanadalah berjaya membuka buku hutang baru Malaysia dengan Jepun, sesuatu yang sedaya upaya ditutupoleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Sebelum ini, di bawah pentadbiran Tun M sepanjang 22 tahun, Jepun adalah antara pemberi hutang utama negara sebelum segala jenis hutang piutang ini diselesaikan satu persatu oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib sepanjang era pentadbiran mereka. Hari ini, Malaysia membuka akaun baru hutang negara dan sekali lagi Jepun dipilih sebagai pemberi hutang.
Apa yang melucukan adalah, sepanjang empat tahun Pakatan Harapan cuba menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, isu utama yang menjadi topik hangat mereka adalah hutang negara yang amat tinggi. Malah, mereka juga beberapa kali mengumumkan bahawa Malaysia bakal muflis akibat hutang negara yang amat tinggi.
Namun, setelah mereka mengambil alih tampuk pemerintahan, mereka sendiri sehingga kini gagal memberi angka yang tepat jumlah hutang negara. Hanya laporan penilaian antarabangsa seperti IMF dan Bank Dunia sahaja menjadi petunjuk prestasi kewangan dan hutang negara sebelum 9 Mei 2018.
Setelah beberapa kali bertelagah tentang hutang sebenar negara yang kononnya mencecah RM 1 trilion walaupun hakikat sebenarnya hanya RM 686.8 bilion sahaja, kerajaan sekkalilagi menambah hutang negara melalui pinjaman jangka panjang dengan Jepun. Apa rasional pinjaman ini sedangkan mereka sendiri mendakwa hutang negara sudah cukup tinggi?
Ramai yang tertanya-tanya, adakah formula gali lubang tutup lubang dijadikan panduan buat Pakatan Harapan menguruskan ekonomi negara hari ini? Andai benarlah hutang negara mencecahh angka RM 1 trilion, bukankah pinjaman seumpama ini bakal menjerat lagi tengkuk negara dalam usaha melangsaikan segala hutang yang ada?
Mungkin sahaja bagi Pakatan Harapan, tabung Harapan yang dilancarkan bagi mengutip derma untuk melangsaikan hutang negara boleh diguna pakai untuk menampung pembayaran balik hutang negara. Namun, jika difikir secara logik, negara sudah sedia berhutang, kini ditambah lagi dengan hutang, adakah kerajaan hari ini bercadang mahu membawa ekonomi Malaysia kearah inflasi yang tinggi?
Hari ini, pihak yang sepatutnya menguruskan ekonomi negara seperti Kementerian Kewangan lebih sibuk mencari kesalahan kerajaan terdahulu melalui siasatan demi siasatan 1MDB. Belum ada lagi langkah proaktif diambil oleh Lim Guan Eng bagi menangani ekonomi Malaysia terutamanya menangani kehilangan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.
Apa yang disibukkan adalah 1MDB, Datuk Seri Mohd Najib dan SRC International. Kini, kerajaan menambah satu lagi bebanan buat Guan Eng dan Kementerian Kewangan bagi menguruskan tambahan hutang negara. Adakah kali ini, MoF mahu menyalahkan Najib lagi atas penambahan hutang sedia ada?
0 comments:
Post a Comment