KETUA Lembaga Hiburan Arab Saudi dipecat semalam susulan kecaman yang diterima berhubung penganjuran sebuah sarkas, membabitkan peserta wanita berpakaian seksi.
Agensi berita rasmi, Agensi Berita Saudi (SPA) memetik titah Diraja berkata, Pengerusi Lembaga Hiburan Awam Arab Saudi, Ahmad al-Khatib sudah disingkir dari jawatan dipegangnya itu.
Laman sesawang berita pro kerajaan, Sabq melaporkan, Khatib dipecat susulan satu persembahan sarkas penuh kontroversi di Riyadh yang membabitkan peserta wanita berpakaian tidak sopan.
Satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan seorang peserta wanita dalam kostum ketat berwarna merah jambu dan meraih kecaman hebat pelbagai pihak.
Pemecatan Khatib itu berlaku serentak dengan kempen liberal Putera Mahkota Mohammed Salman yang mengakhiri larangan ke atas beberapa perkara termasuk larangan membina panggung wayang dan larangan memandu ke atas golongan wanita.
Khatib sebelum ini menerajui inisiatif bernilai bilion dolar, khusus untuk mewujudkan hab hiburan dan kebudayaan di negara padang pasir itu. Kecaman hebat terhadap penganjuran sarkas dari Russia itu disifatkan sebagai antara cabaran hebat perlu didepani Putera Mohammed dalam usaha memodenkan Arab Saudi.
0 comments:
Post a Comment