My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 20 June 2018

    APMM Wilayah Sarawak Tahan 37 Bot Nelayan



    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak menahan 37 bot nelayan asing yang menangkap ikan tanpa kebenaran dalam kawasan perairan negara sepanjang tahun lepas iaitu rekod jumlah penahanan tertinggi sejak awal penubuhannya sekitar 13 tahun lalu.

    Berdasarkan statistik yang disampaikan kepada Bernama, sejak 2006 sehingga Mei lepas, APMM Wilayah Sarawak telah menahan 140 buah bot nelayan asing dengan jumlah tertinggi yang dicatatkan adalah tahun lepas, kebanyakannya membabitkan nelayan dari Vietnam.

    Timbalan Pengarah Operasi Maritim Sarawak, Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, trend peningkatan jumlah bot nelayan asing yang ditahan ini boleh dilihat bermula sejak 2014 apabila daripada dua bot yang ditahan pada tahun itu, jumlahnya meningkat kepada 11 pada 2015 dan 14 pada tahun 2016 sebelum melonjak lebih dua kali ganda pada tahun lepas.

    Tahun ini pula sehingga Mei lepas lima bot nelayan asing kebanyakannya membabitkan warga Vietnam ditahan oleh APMM Wilayah Sarawak kerana menangkap ikan tanpa kebenaran di kawasan perairan negara.

    "Pada 23 Mei lepas, kita tahan dua bot nelayan asing bersama 47 kru yang didapati menyamar sebagai bot kargo tempatan untuk menangkap ikan dalam kawasan perairan negara kira-kira 170 batu nautika dari Tanjung Po di sini. "Semua kru adalah warga Vietnam," katanya baru-baru ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: APMM Wilayah Sarawak Tahan 37 Bot Nelayan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top