My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 4 June 2018

    Masih Mahu Tunggu 100 Hari Baru Mahu Bertindak? Lupakan Sahajalah...




    Perlu diakui, memang pada peringkat awal, amat sukar buat UMNO dan Barisan Nasional menerima hakikat bahawa perjuangan UMNO dan BN selama lebih 60 tahun di dalam negara akhirnay menemui titik penamat pada 9 Mei yang lalu. Ramai yang mengalami kemurungan, patah semangat malah ada yang bersara terus dari politik.

    Bagi kebanyakan pemimpin UMNO dan BN, secara amnya, mereka lebih berminat untuk menunggu tempoh 100 hari seperti mana yang terkandung di dalam 10 janji 100 hari manifesto Pakatan Harapan. Alasan yang diberikan adalah, biar mereka buktikan dahulu kemampuan mereka memenuhi semua janji yang mereka buat dalamtempoh 100 hari seperti yang diminta oleh Pakatan Harapan.

    Secara politik dan pemahaman masing-masing, mungkin ada logiknya. Namun, jika selami sebenar-benarnya erti sesebuah perjuangan, tiada istilah kecewa, putus asa dan memberi ruang buat lawan menunjukkan kemampuannya. Dalam bahasa mudahnya adalah, saat ini kita tewas, saat seterusnya kita sudah mampu bangkit melawan tanpa menunggu tempoh 100 hari seperti yang mereka mahukan.

    Hari ini, disaat masih ramai pemimpin UMNO yang menunggu tibanya detik 100 hari, satu persatu hak milik Melayu sudah mula dicabar tanpa ada sebarang pembelaan yang sepatutnya oleh UMNO. Lihat sahaja krisis perlantikan Peguam Negara antara Pakatan Harapan dan pihak Istana. Boleh dikatakan, tidak ada langsung suara dari pihak kepimpinan parti mempertahankan keputusan Istana.

    Dalam beberapa situasi juga menampakkan betapa memang benar wujud seruan untuk memberi ruang buat Pakatan Harapan mencapai indeks 100 hari mereka tanpa ada sebarang pengimbang dan pengkritik tegar kegagalan mereka melaksanakan semua manifesto mereka dalam tempoh 100 hari.

    Benar, hari ini sudah memasuki hari ke 26 sejak Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14. Namun, sebagai sebuah pembangkang, kita harus menunjukkan karismakita kepada kerajaan untuk terus mendesak kerajaan memenuhi kesemua 10 janji mereka dalam tempoh 100 hari. Bukannya menunggu 100 hari barulah ingin bertindak. Itu sudah terlambat namanya.

    Lihat contoh mudah ini. Sewaktu Pakatan Rakyat tewas pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum telah menganjurkan Himpunan Black505 yang mana antara lain memainkan sentimen faktor undi popular yang mereka raih, kejadian black out, 40 ribu orang pengundi Bangladesh dan macam-macam lagi tuduhan.

    Hakikat sebenarnya, Datuk Seri Anwar sedar bahawa Pakatan Rakyat telah tewas pada ketika itu dan adalah menjadi tanggungjawab baginya menaikkan moral para penyokong mereka supaya tidak rebah. Hasilnya, usai sahaja himpunan di Kelana Jaya berkenaan, para penyokong mereka bekerja siang dan malam tanpa henti sehingga detik 9 Mei 2018 yang mana akhirnya mereka berjaya juga memenangi Pilihan Raya Umum ke 14.

    Bagi Barisan Nasional pula, tidak mengapa. Mari kita tunggu tempoh 100 hari berkenaan cukup dahulu sebelum kita keluar sebagai pengkritik. Ini satu tanggapan yang amat-amat silap dan satu langkah yang mengendurkan dan melemahkan semangat ahli parti yang mana pada akhirnya, BN dan UMNO bakal berkubur begitu sahaja tanpa ada sesiapa membimbing menuju kemendan perang.

    Pada ketika itu, usah disalahkan kelembikan ahli yang dilihat hilang semangat mahu berjuang. Salahkan diri sendiri dahulu kerana buat kesekian kalinya, kita memberi peluang buat lawan membina kekuatan dan memberi laluan kepada lawan menguburkan kita. 
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Masih Mahu Tunggu 100 Hari Baru Mahu Bertindak? Lupakan Sahajalah... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top